Weh!!Dah lama aku tak update blog ni.Haha.Last update 6 bulan lepas.Gila busy sampai tak sempat nak update.Takda la busy mana pun sebenarnya cuma mood nak mengarang tu tak takda.Entah kenapa pada saat ni ketika ini, tangan aku gatal tiba tiba nak tulis something.Dah!Cukup! Aku pun malas nak bagi mukadimah panjang panjang ni.Bukan korang minat pun.Haha.Seperti mana dalam entry yang lepas aku dan 3 sahabat aku singgah di Berlin for a few hours senang cerita transit la sekejap sebelum meyambung perjalanan ke destinasi yang seterusnya.Ke manakah?Ha baca la tajuk dekat atas tu dekat mana.Kan dah tulis siap siap.
Perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya betul betul macam ala ala backpackers kental.Naik train berbelas belas jam.Gila tak gila kau.14 jam atas train.Tapi itulah nama nya ADVENTURE!!Kami bertolak from Berlin pukul 630 petang macam tu.ETA 0830 keesokan harinya.
 |
Tiket Train |
 |
Dari kiri : Afiq Din dan Aku |
Ha dekat sini aku nak story sikit.Masuk masuk je dalam train cari seat yang mana tertera dekat tiket kami,letak barang semua dah settle.Aku pun bersuara dekat kawan kawan aku.Weh biar betul doh kita duduk 14 jam atas seat sahaja.Masak macam ni masak!Haha.Tak sampai 5 minit melabuhkan punggung,datang pekerja dia sorang check tiket.Lepastu dia offer kami sleep coach untuk 4 orang.But kami kena bayar extra l0EUR.Kiteorang tanpa fikir panjang,terus setuju je.Ye lah baik baring 14 jam atas katil daripada jadi tunggul atas kerusi.At least aku boleh tidur dengan tenang.Hehe.
 |
On the way ke sleep coach |
 |
Sleep coach.Bantai.Asalkan boleh tidur. |
 |
Aku punya view dari katil aku. |
 |
Kamar beradu aku dekat tingkat atas. |
Lepas masing2 dah landing atas katil,tak banyak pun yang dibualkan sesama sendiri.Aku pun dah penat tahap gaban.So aku decide untuk tidur lebih awal malam tu.Save energy untuk hari besok.Pejam celik pejam celik akhirnya muncul juga pagi yang dinantikan.
 |
Sarapan pagi bersama secangkir kopi beserta roti.Sorry pic roti tak da sebab aku dah bedal awal2.
|
 |
Minum pagi sambil menikmati pemandangan di luar |
 |
Stesen Kereta Api Budapest , Hungary |
Lebih kurang pukul 830 pagi, akhirnya kami pun sampai juga di Budapest.Fuhh finallyy!!Maka bermulalah pengembaraan sebenar 4 sekawan.Perkara pertama yang kitaorang buat mula mula sampai dekat sana : 1) Cari free map Budapest (selalunya dekat Kaunter Pertanyaan) 2)Tukar matawang from EUR to Hungarian Currency which is the Forint (Ft, HUF).1EUR = 308.68 HUF.
Dah settle semua,lepastu baru kiteorang gerak ke tempat penginapan.Make sure sebelum pergi ke sesuatu tempat tu buatlah background research.Bukan apa nak kasi senang di kemudian hari.Bukan itu jam sampai,itu jam baru nak cari itu ini.Rugi masa beb.Rugi!
 |
Tiket untuk train dalam bandar (valid untuk 72 hours) |
 |
On the way ke platform underground punya train |
 |
Tunggu train |
 |
On the way ke tempat penginapan |
 |
Sampai jugak di tempat penginapan kami di Marverick Hostel |
Sepanjang aku travel, aku lebih suka untuk menginap di Hostel berbanding di Hotel.Sebab nya nak save budget lah.Setakat nak tidur je.Asalkan selesa dah kira okay bagi aku.
 |
Lobby di Hostel. |
 |
Katil aku.Nice kan? |
 |
Sempat lagi tu main masak masak dekat dapur di Hostel |
Antara tempat tempat menarik yang aku lawat di sekitar Budapest;
 |
Heroe's Square ( Kalau macam dekat Malaysia,kira Tugu Negara la ) |
 |
St.Stephen's Basilica ( Gereja Terbesar di Budapest ) |
 |
House of Terror |
 |
Dalam House of Terror ni mereka ada tunjuk mangsa mangsa
kekejaman oleh Komunis dan Nazi di Hungary. |
 |
Vajdahunyad Castle |
 |
Bab Posing memang handal. |
 |
Buang tebiat agak nya budak budak ni
|
 |
Sunset di tepi Danube |
 |
Shoes on The Danube |
Kasut kasut yang korang nampak ni sebenarnya macam tapak peringatan bila mana Budapest Jews ditembak oleh Arrow Cross Military sekitar tahun 1944 dan 1945.Mangsa disuruh berdiri di tebing sungai sebelum ditembak jatuh dan mereka dikehendaki menanggalkan kasut mereka terlebih dahulu memandangkan kasut merupakan satu barangan yang berharga pada ketika itu.
 |
Pagi pagi hari kiteorang dah panjat Gellert Hill |
 |
Pemandangan dari Gellert Hill |
Statue of Liberty (Szabadság Szobor)
 |
Citadella |
Gambar gambar dekat atas adalah kubu bawah tanah kepunyaan Tentera Nazi.
 |
Fishermen's Bastion |
 |
Si Botak menunjukkan aksinya dengan Si Helang |
 |
Buda Hill Funicular |
 |
Jam Pasir gila besar |
 |
Bangunan Parlimen Hungary |
 |
Stesen Keretapi Utama Budapest.Sumpah Old Skool! |
 |
Tempat wajib yang aku singgah kalau pergi mana mana.
|
 |
Muka happy je.Hehe |
 |
Tinggalkan souvenior sikit dekat Hostel. |
Bagi aku Trip ke Budapest ni best lah.Bandar dia tak sesibuk macam di Paris dan di London.Tak crowded sangat.And dari segi komunikasi pun tak da banyak masalah mana.Sebab mostly orang tempatan di sana boleh cakap English.Budapest ni banyak dengan sejarah sejarah nya yang tersendiri pada zaman dahulu.Aku suka dengan seni bentuk bangunan bangunan dekat sini.Ala ala old skool.Hmmm.Dari segi nak cari makanan halal pun tak da masalah sangat,sebab ada je kedai kedai yang jual makanan halal macam kebab semua tu.
Dan untuk trip kali ni,member aku Azhar ada buat sedikit video di Budapest.Nah ini link dia
http://youtu.be/ErY9OyCRXmc.Usha lah jangan tak usha pulak!Alright aku rasa itu saja coretan aku untuk Trip to Budapest.Tschüss.
No comments:
Post a Comment