Hallo!!Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni,aku nak share lah serba sedikit pengalaman aku merantau ke negara orang.Dah alang2 dah ada dekat luar negara ni,so masa ni lah aku nak manfaatkan masa cuti aku daripada aku duduk terperap dekat rumah..Makan tidur makan tidur..Lebih baik aku lihat suasana,gaya hidup,dan budaya2 orang2 di sini.Dulu time sekolah kalau buat karangan Bahasa Melayu selalu selitkan pepatah 'Jauh Perjalanan,Luas Pemandangan'.So time ni lah aku nak aplikasikan.
Aku dan 3 lagi member yang masing2 'kaki jalan' memang sekepala telah memilih Capital City of Germany iaitu Berlin sebagai lokasi pertama kami.Kiteorang decide untuk naik bas sahaja instead naik train.Tukar taste sikit..Asyik naik train je tiap2 hari.Dah bosan.Perjalanan ke Berlin dari Düsseldorf memakan masa 8 jam.Cramp bontot aku.
Dah la pagi nak bertolak tu kena bangun seawal 4 pagi sebabnya kami takut terlepas train dari Duisburg (Bandar Tempat Aku Bermaustautin Sekarang) ke Düsseldorf.Tak jauh pun jarak dia.cuma 15 min by train.Lebih kurang 630am kami pun bertolak dari Düsseldorf.
 |
Qada' balik tidur dalam Bas
|
 |
Train di Berlin
|
 |
Masjid Turki
|
 |
Pekena Kebab dahulu buat alas perut.Katanya dekat sini paling masyuk.
|
 |
Berliner Fernsehturm
|
 |
Huge Aquarium inside the Lobby Of Raddison Hotel
|
 |
Selfie sepukul!
|
 |
Brandenburger Tor.
|
 |
Judische Denkmal
|
 |
The House of German Parliament
|
Lepas penat berjalan di sekitar Berlin,kami melangkahkan pula kaki ke Kedai Chocolate Ritter Sport.Aku rasa korang mesti pernah dengar kot jenama Chocolate ni dekat Malaysia.Dekat kedai ni siap ada Coffee Shop dan korang siap boleh buat Chocolate sendiri mengikut flavour yang korang suka.Tapi nak tunggu dia siapkan tu yang jenuh nya.Baik beli yang ready made..Lagi senang.Hahaha..
 |
Pintu Masuk
|
 |
Amacam?Rambang mata tak tengok???
|
 |
Souvenir wajib nak bawak balik Malaysia nanti
|
Sebenarnya kiteorang cuma singgah dekat Berlin sekejap je.4 jam sahaja.Actually kami tunggu next train untuk ke next destination.Tunggu next entry kalau nak tahu.Hehe.Alang2 dah sampai Berlin,kami take a walk around Berlin.Tak kan nak spent masa dekat Train Station je kan.Rugi le macam tu.Untuk next trip kali ni,memakan masa 14 jam by train.
 |
Berlin Main Train Station
|
Untuk summary trip di Berlin, member aku, Azhar ada buat short video.Kalau rajin, boleh lah jenguk2 and subscribe sekali channel tu.Haha.
http://www.youtube.com/watch?v=lGNeTBs_-UM.Danke!!!
No comments:
Post a Comment