Salam semua,untuk entry kali ni aku nak cerita pasal first day dekat language school.Nama language school kiteorang ialah Institut Für Internationale Kommunikation Düsseldorf.Dekat sini bukan sahaja German Course yang ditawarkan.Ada English Course,Arabic Course,Spain,Russia,Netherland,France,Turki dan banyak lagi sebenarnya.Malas eden nak menaip semuanya.Haha.So kat sinilah kami luangkan masa 6 bulan.
Apa yang aku suka tentang language school ni ialah lokasi dia.Lokasi dia sangat strategik sebab dekat tengah2 bandar.Mujur bukan diceruk pedalaman.Haha.Kalau macam dekat Kuala Lumpur kira kiranya macam di Bukit Bintang lah.Sebelum class start untuk 1st day,kiteorang pergi usha2 shopping mall dekat area berdekatan.Misi utama ialah nak cari sim card so senang nak contact among each other.
 |
BuluBerry | | |
 |
Handphone jual longgok je.Apa ada hal |
Bila masing2 dah beli sim card,baru kiteorang gerak ke kelas.Excited kot 1st day class.
 |
Ni lah nama language school aku |
 |
Yang bersuite tu Boss language school kami.Nama dia Matthias Jung |
 |
Taklimat serba sedikit dari Matthias Jung |
 |
Yang comel ni lecterur kiteorang.Nama dia Yonca Erman | | | |
Kedatangan kiteorang disambut dengan hidangan makanan.Masyukk.Mula2 tengok macam geli nak makan.Tapi lapar punya pasal,kami tibai jelah.Yang penting HALAL.Lepas habis taklimat dengan Matthias,sesi dengan lecterur kami pulak.
 |
Nak test vocab Deutsch |
Sesi dengan lecterur kami,Yonca memang best.Macam2 kami borak.Time ni lah kami kena cakap German.HAHA.Tunggang terbalik cakap hah.Asalkan dia faham apa yang kita cakap kira okeyh ah tu.Salah nanti dia betulkan.Adat lah belajar.Yang menarik nye time ni,dia ada tanya apa yang best tentang Malaysia.Salah seorang dari kami cakap 'SILAT'.HAHA.Tak pasal2 keluar Silat.Aku pun tak tahu macam mana boleh keluar idea tu.
And then dia suruh explain.Kiteorang cakap Silat ni is kind of Martial Arts and bla2.Kebetulan Tengku pandai silat.Apalagi kiteorang suruh dia tunjuk demo sikit dekat Lecterur kami.
No comments:
Post a Comment