Tuesday, 14 January 2014

Erste Tag an der Sprachschule

Salam semua,untuk entry kali ni aku nak cerita pasal first day dekat language school.Nama language school kiteorang ialah Institut Für Internationale Kommunikation Düsseldorf.Dekat sini bukan sahaja German Course yang ditawarkan.Ada English Course,Arabic Course,Spain,Russia,Netherland,France,Turki dan banyak lagi sebenarnya.Malas eden nak menaip semuanya.Haha.So kat sinilah kami luangkan masa 6 bulan.

Apa yang aku suka tentang language school ni ialah lokasi dia.Lokasi dia sangat strategik sebab dekat tengah2 bandar.Mujur bukan diceruk pedalaman.Haha.Kalau macam dekat Kuala Lumpur kira kiranya macam di Bukit Bintang lah.Sebelum class start untuk 1st day,kiteorang pergi usha2 shopping mall dekat area berdekatan.Misi utama ialah nak cari sim card so senang nak contact among each other.


BuluBerry  







Handphone jual longgok je.Apa ada hal



Bila masing2 dah beli sim card,baru kiteorang gerak ke kelas.Excited kot 1st day class.

Ni lah nama language school aku


Yang bersuite tu Boss language school kami.Nama dia Matthias Jung

Taklimat serba sedikit dari Matthias Jung

Yang comel ni lecterur kiteorang.Nama dia Yonca Erman   

Kedatangan kiteorang disambut dengan hidangan makanan.Masyukk.Mula2 tengok macam geli nak makan.Tapi lapar punya pasal,kami tibai jelah.Yang penting HALAL.Lepas habis taklimat dengan Matthias,sesi dengan lecterur kami pulak.

Nak test vocab Deutsch













Sesi dengan lecterur kami,Yonca memang best.Macam2 kami borak.Time ni lah kami kena cakap German.HAHA.Tunggang terbalik cakap hah.Asalkan dia faham apa yang kita cakap kira okeyh ah tu.Salah nanti dia betulkan.Adat lah belajar.Yang menarik nye time ni,dia ada tanya apa yang best tentang Malaysia.Salah seorang dari kami cakap 'SILAT'.HAHA.Tak pasal2 keluar Silat.Aku pun tak tahu macam mana boleh keluar idea tu.


 And then dia suruh explain.Kiteorang cakap Silat ni is kind of Martial Arts and  bla2.Kebetulan Tengku pandai silat.Apalagi kiteorang suruh dia tunjuk demo sikit dekat Lecterur kami.




Thursday, 9 January 2014

Snow?Schnee?Salji?

Entry aku kali ni nak cerita pasal Salji.Alright.Here we go.Bila aku bangun pagi on 2nd day,aku renung lah ke luar jendela dan tak semena mena aku ternampak seperti butiran butiran berwarna putih jatuh dari atas.So aku macam tak puas hati,aku bangun lah dari katil terus pergi  dekat tingkap.Bila sampai je dekat tingkap tu,aku jadi kaget sekejap.Sebab apa?Sebab selama 20 tahun aku kat atas muka bumi ini,inilah kali pertama aku dapat lihat Salji.I mean the real one.Not the fake one.Time tu kejakunan aku terselah habis.Ye lah aku ni bukan jenis keluarga yang berada bila mana setiap tahun pergi bercuti bersama keluarga di luar negara.Setakat pusing2 Malaysia boleh lah.Kadang2 timbul perasaan cemburu bila tengok orang post gambar bercuti di luar negara.So bila dapat further study dekat luar negara,aku rasa bersyukur sangat.Siot ah tetacing sikit.Okay okay kembali ke cerita tadi..Lepas je tengok salji dari tingkap tu,aku apa lagi jerit satu rumah cakap,'Woi bangun woi,Salji turun!'So masing2 jadi eksaited dan macam tak percaya salji turun.Sebab nya kiteorang sampai Germany dalam hujung bulan 3 dan time tu penghujung musim Winter.So macam tak expect lah yang Salji ni masih ada lagi.Tapi tak lebat mana pun,seciput je yang turun tapi bolehlah setakat nak bagi orang kampung tengok.Kiteorang apa lagi berdesup lari ke luar rumah.Eksaited nak sentuh salji.Nak tahu sama ke tak  macam ais kepal yang Pak Mat guna time buat Air Batu Campur kat warung.Haha.


Ni dekat belakang rumah





Depan Rumah

Kejakunan masing2 terselah

Eksaited betul ijan ni hah

Yang ni rare pakai sleeveless je.Otai 

Ijan dengan gaya sado dia

Pakai seluar track je pun boleh

Ada gaya macam Winter Sonata tak?HAHA
Masuk je rumah balik,aku terus facetime dengan orang kampung.Nak tunjuk salji sikit.Haha.Jakun tu tak hilang2 lagi.Hmmphh.. Aku rasa tu jelah entry untuk kali ni.Aku dah ngantuk gila.Chiao!


Endlich bin ich in Düsseldorf (Finally i'm in Düsseldorf)

Lebih kurang 2 jam lebih dalam ICE, akhirnya sampai jugak kami di Düsseldorf.Bila aku throwback balik masa first time sampai Düsseldorf,ada satu part ni yang aku akan ingat sampai bila2.Haha.Cerita dia macam ni,masa kami sibuk memunggah barang bawak keluar dari train then come a lady dengan muka habis cuak datang dekat kiteorang.She said 'Hey,that's my bag' sambil pointing her finger dekat bag yang dimaksudkan dia.Kiterorang jadi speechless sekejap.And then she asked 'Why you took my bag?'.Kiteorang senyap je tanpa memberi sebarang penjelasan.Haha.Tak lama lepas tu,dia naik train balik.Fuhh lega beb,mujur dia tak ambil tindakan apa2.Kiterorang tak tahu pulak yang tu bag dia.Tak sempat nak mintak maaf.HEHE.I think enough la cerita pasal that lady tu.Aku nak cerita pasal Düsseldorf pulak.



Düsseldorf Hbf ( Düsseldorf Main Station )


Main Entrance Düsseldorf Hbf
Dalam Teksi on the way ke rumah sewa
Ni Luggage aku.Banyak khazanah dalam tu

Bilik Tidur

Dapur
 


Pemandangan di luar rumah



Bilik Tidur


 Lepas check in,unpack barang sikit2 then we take a walk around.Usha kawasan sekeliling tengok apa ada.Untuk pengetahuan semua,rumah ni untuk 4 orang.Just nice lah,nak kata besar tak jugak,nak kata kecik pun tak jugak.








Schloss Benrath ( Benrath's Castle )


 


Selfie!Haha

Park Benrath

Dari kiri: Aku,Ijan,Im,Ajeem,Afuan

Candid tak berapa nak candid

Abang Long Düsseldorf aka Kimi



 


Baby aka Topek.

Comel tak comel tak?


HUP HUP HURRAY!

Lompat freestyle

Jaket merah tu namanya Tengku



Düsseldorf Rhein (Rhein=River)

Jejaka jejaka tampan
 




So dah penat berjalan,berlompat bagai nak rak,maka pulanglah kami ke rumah di petang harinya.What i can say about the 1st day is we just had a good time together but actually there are another 2 (Fit and Nazeer) were not here on that day sebab rumah diaorang quite far dari kiteorang punya rumah.Sorry bro!Hehe.Next entry aku make sure ada korang punya pic.Chiao!!