Selepas 3 hari 2 malam di Budapest, kini aku meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.Kami berempat singgah sebentar di Bratislava iaitu salah sebuah bandar di Slovakia.Jarak perjalanan dari Budapest ke Bratislava ialah 164km dengan memakan masa lebih kurang 2 jam lebih.So seperti kebiasaanya kami telah memilih train sebagai medium pengangkutan kami kerana ianya lebih mudah dan murah.
Awal awal pagi lagi kami sudah gerak dari Budapest,so that kami dapat meluangkan masa lebih lama di Bratislava sekiranya sampai lebih awal.Sebab apa?Sebab petang tu kami kena naik train lain untuk ke destinasi yang seterusnya.
 |
Berlin,Germany-Budapest,Hungary-Bratislava,Slovakia |
 |
Selamat sampai di Bratislava |
 |
Dalam train on the way ke Bratislava |
 |
Stesen Keretaapi Utama Bratislava |
Sejurus sampai di Bratislava,tanpa melengahkan masa lagi,aku mencari tempat penyimpanan barang sebabnya kami malas nak bawak backpack sekali.Berat!Kami cuma bawa apa yang patut sahaja seperti dokumen dokumen penting in case terjadi apa apa kena tahan polis ke apa.Oh tak lupa juga,kamera.Gadget paling penting sekali!Tak da kamera tak da lah modal aku nak upload dekat insta nanti.Haha.
So disebabkan kami singgah cuma untuk seketika waktu sahaja di Bratislava, kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki sahaja dengan berpandukan apps yang ada dalam handphone.Setelah semua sepakat nak berjalan kaki,so apa lagi.Jalaaaan!!!
Destinasi pertama yang kami tuju ialah Slavín Monument.Monument ini terletak dekat atas bukit.Dan sekali lagi kami terpaksa mendaki bukit.Berbekalkan kudrat yang masih ada,aku gagahkan diri untuk mendaki jugak.Bajet bajet je ayat!HAHA.
 |
Nampak tak tiang yang besar tu?Ha tu lah monument dia
Masa nie dah halfway kiteorang berjalan ke atas bukit
|
Dah puas meninjau pemandangan Bratislava dari atas bukit, so kami gerak ke landmark yang seterusnya iaitu Bratislava Castle.Nak dijadikan cerita Castle ni jugak terletak dekat atas bukit.But bukan bukit yang sama di Slavín Monument.Di lokasi lain.Arghh sekali lagi!!!Nak tak nak,perjalanan diteruskan jugak.
 |
On the way ke Castle melalui tangga tangga di celah bangunan |
 |
Nampak tak castle dia?Yang warna putih tu hah |
 |
Tembok yang mengelilingi Bratislava Castle |
 |
Bratislava Castle |
 |
Pemandangan dari Bratislava Castle |
Selepas meluangkan masa di Bratislava Castle, kami mengambil keputusan untuk meninjau di sekitar bandar Bratislava pulak.